clock

Sunday, January 30, 2011

AZAB KUBUR - MENURUT AL-QURAN DAN HADIS


Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, se-tiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati.
Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185).
Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Tulisan ini me-ngenai amalan jahat, dibalas jahat. Balasan ini bermula daripada memasuki liang kubur lagi. 

1. Firman Allah, Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim ( berada) dalam tekanan-tekanan sakrat (mabuk) mati, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka (sambil berkata) ``keluarkan nyawamu. Pada hari itu kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar. (Al-An'am:93). Di sini azab bermula dari saat kemati-an lagi, belum pun dikapankan dan dikebumikan. Ini adalah sebahagian daripada seksa yang berlaku sebelum kiamat. Ditambah dengan azab kubur kerana kebanyakan insan akan mengalaminya. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 600-601). 

2. Firman Allah, Nanti akan Kami seksa mereka dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar. (At-Taubah: 101). Maksud seksa dua kali ialah pertama tembelang orang munafik dan kedua seksa kubur. Atau seksa dunia dan seksa kubur. Semestinya salah satu daripada dua seksa itu ialah seksa kubur. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Nanti akan Kami seksa mereka dua kali iaitu azab seksa di dunia dan azab seksa kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).

3. Firman Allah, Dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat sangat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang (sebelum hari bangkit dari kubur), dan pada hari terjadinya Kiamat, dikatakan kepada malaikat: ``Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras. (Al-Mu'min: 45-46). Roh Firaun dan orang-orangnya dalam (tembolok) burung hitam berulang alik ke neraka, begitulah ardhuha (ditunjukkan). Ditunjukkan ini bermula dari dunia ini lagi sebelum Kiamat. Ditunjukkan ini di alam barzakh. Inilah hujah bagi orang yang mengatakan bahawa azab seksa kubur itu memang benar. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Dan pada hari terjadinya Kiamat, dikata kepada malaikat: ``Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.'' Ayat ini merupakan dalil yang amat jelas bagi Ahli Sunah mengenai adanya seksa di alam barzakh dan dalam kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).

4. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ini menepati firman Allah berbunyi Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut). Nabi s.a.w. menyebut mengenai azab kubur dengan sabdanya, Apabila seseorang Muslim mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Firman Allah, Allah mengukuhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut). Diturunkan ayat ini mengenai azab kubur. Mengenai seksa kubur ini ada ulama mengatakan seksa badan dan roh kedua-duanya sekali. Allah Maha Kuasa mengembalikan sebahagian daripada jasad yang berkecai itu dicantumkan semula dan mengembalikan nyawanya ke dalam jasadnya itu. Tidak kurang pula, termasuk Ibn Hazm dan Ibn Hubairah yang mengatakan seksa kubur adalah seksa roh sahaja tanpa ia kembali semula kepada badan. Bandingkan dengan orang bermimpi merasa selesa atau seksa, sedangkan orang-orang yang ada bersamanya tidak tahu satu apa pun apa yang berlaku pada diri si tidur yang bermimpi itu. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599, 602 dan 603). Daripada keterangan ini masalah orang mati hancur badannya atau dimakan binatang buas tidak timbul. 

5. Hadis Nabi s.a.w.: Rasulullah melihat mayat mereka yang dijatuhkan ke dalam perigi (sebuah perigi yang berisi dengan mayat-mayat orang musyrikin yang terbunuh dalam Perang Badar) seraya bersabda, Adakah kamu benar memperoleh apa yang Tuhan janjikan kepada kamu?'' Sahabat bertanya, ``Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati.'' Jawab Rasulullah, ``Mereka lebih dengar daripada yang kalian dengar tetapi mereka tidak berdaya menjawabnya. Sesungguhnya si mati itu diseksa dalam kuburnya. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan jilid 8 halaman 31).

6. Sabda Nabi s.a.w.: Sesungguhnya mereka tahulah sekarang bahawa segala apa yang aku katakan adalah benar. Allah berfirman, Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu mendengar. Maksud Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu mendengar, dengan erti kata dengar yang memanfaatkan mereka, atau anda tidak boleh mereka mendengar kecuali dengan izin Allah. Kenyataan ini ada kaitan dengan pertanyaan ``Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati'' yang tersebut di atas. Dengan ini bererti sama ada mereka dengar dengan telinga badan atau telinga roh. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 602 ). 

7. Daripada Aisyah r.a. berkata, ba-hawa seorang wanita Yahudi datang kepadanya lalu menyebut tentang seksa dalam kubur dengan katanya, ``Moga-moga Allah lindungi anda daripada seksa kubur.'' Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai seksa kubur. Rasulullah menjawab, Ya, memang benar ada seksa kubur. Selepas itu, kata Aisyah, setiap kali Rasulullah melakukan solat, baginda tidak meninggalkan bacaan doa memohon perlindungan daripada seksa kubur. Ghundur menambah, seksa kubur memang benar. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 599-600). 

8. Pada satu hari Rasulullah s.a.w. berdiri menyampaikan ucapannya. Dalam ucapan sabdanya itu Rasulullah menyebut berkenaan ancaman dan seksaan (fitnah) kubur yang bakal dihadapi oleh si mati. Setelah Rasulullah bersabda demikian, para sahabat pun mula bercakap-cakap hingga hiruk pikuk. Ini menyebabkan ucapan Rasulullah tidak dapat didengar dengan baik. Setelah mereka diam, seorang sahabat bertanya mengenai apa yang disabdakan oleh Rasulullah selepas itu? Lalu dijawab, Rasulullah bersabda, Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa anda sekalian akan menghadapi ujian seksa dalam kubur tidak jauh daripada ujian Dajjal. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600 dan 605). 

9. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, ``Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?'' Orang mukmin itu menjawab, ``Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.'' Selepas itu malaikat itu berkata lagi, ``Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.'' Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, ``Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?'' Dia akan menjawab, ``Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.'' Lalu ditanya lagi, ``Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).'' Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600). Hadis ini menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. dengan umatnya. Mereka diuji dalam kubur masing-masing. Ternyata bahawa setiap nabi itu bersama umat masing-masing. Hadis ini menunjukkan tidak boleh bertaklid dalam perkara iktikad. Perhatikan bunyi hadis tersebut di atas, ``Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.'' (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 610). 

10. Hadis Nabi s.a.w., Pada satu hari Rasulullah s.a.w. keluar selepas matahari terbenam, lalu baginda mendengar suara yang mengerikan. Rasulullah pun bersabda, Itulah suara-suara Yahudi yang sedang diseksa dalam kubur mereka. `Mendengar suara' kemungkinan suara malaikat yang menyeksa, atau suara Yahudi yang diseksa atau suara seksaan itu sendiri. Kalau Yahudi diseksa dengan sebab keYahudiannya, orang musyrikin juga tiada terkecuali kerana kufur syirik lebih dahsyat daripada kufur Yahudi. Putri Khalid al-'Asi berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. memohon mendapatkan perlindungan daripada seksaan kubur. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud: Ya Allah, hamba mohon perlindungan-Mu daripada azab kubur, dan daripada azab Neraka, dan daripada kesengsaraan hidup dan mati, dan daripada kesengsaraan Al-Masih ad-Dajjal.

11. Pada satu hari Rasulullah s.a.w. melalui dua tanah perkuburan. ``Mereka (yang mati dikebumikan dalam dua tanah perkuburan itu) sedang diseksa.'' Mereka diseksa bukanlah kerana perkara besar. ``Ya, (mereka diseksa kerana melakukan satu dosa besar) iaitu kerana seorang daripada mereka sengaja mengumpat, menyebarkan fitnah dan yang satu lagi tiada mengelakkan dirinya daripada kekotoran kencingnya.'' (Ibn Abbas menambah): Kemudian Rasulullah mengambil sehelai daun hijau lalu dikoyak dua, lalu meletakkan sekeping ke atas kubur seraya bersabda, ``Moga-moga seksaan mereka berdua diringankan sehingga daun ini kering.'' (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 87 dan 88, Mengenai Azab Kubur, halaman 610, 611-612, 613). Sebuah hadis mengenai azab atau nikmat kubur bermaksud: Kubur itu sama ada satu taman dari taman syurga atau satu rongga dari rongga neraka. Hadis ini boleh dirujuk kepada at-Tirmizi dan al-Baihaqi, tetapi sanadnya daif. Sungguhpun ia daif, tetapi maksudnya betul dan benar kerana disokong oleh hadis-hadis daripada kitab Sahih Bukhari seperti tersebut di atas. Penulis merasa berpada dengan merujuk kepada Sahih Bukhari sahaja, tidak perlu kepada sumber-sumber lain, kerana Sahih Bukhari adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran.

Rujukan:
- Tafsir al-Quran oleh Ibn-Kathir.
- Ibn-Hajar, Fath al-Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, bab 86 dan 87, jilid 3, Al-Maktabah at-Tijariyah, 144 H-1993M).

carilah SAHABAT kerana ALLAH


Setiap manusia yang waras perlu kepada sahabat yang akan bersama-samanya semasa susah dan senang.Keperluan kepada sahabat adalah fitrah manusia. Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai sahabat-sahabat yang setia, yang sentiasa bersama-sama baginda di dalam menja...lankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, bermula di Mekah dan seterusnya di Madinah hingga tertegaknya Daulah Islamiyah di Madinah.

Kita juga perlu kepada sahabat, melalui sahabatlah kita akan mendapat menyelesaikan berbagai-bagai masaalah yang kita hadapi.Sahabat adalah penasihat utama kita, bila penasihat itu baik, maka jadi baiklah kita, begitu juga apabila penasihat itu tidak baik maka akan berlaku sebaliknya.

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

Berdasarkan hadis di atas Rasulullah menyatakan bahawa apabila kita ingin mencari sahabat maka hendaklah cari sahabat yang mempunyai asas agama, iaitu sahabat yang mempunyai asas budi pekerti dan akhlak yang baik, tidak fasik, tidak terlalu mementingkan hal-hak keduniaan sahaja. Jika dia seorang ahli agama maka kita juga akan menjadi ahli agama. Jika sebaliknya kita memilih sahabat yang suka kepada maksiat kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran,"
(Surah Al-Kahfi ayat 28)

Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga pengajaran yang boleh kita ambil :
1.Bersahabatlah dengan orang-orang yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengharap keredhan-Nya.

2.Jangan menjauhi diri dari orang-orang ahli ibadat, semata-mata kerana mengejar kesenangan dunia.

3.Jangan bersahabat dengan orang-orang fasik serta mematuhi dan mengikut perbuatannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Ulama' Salaf ada memberi pesanan :
"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semuga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam Syurga. Dikatakan juga , apabila Allah s.w.t. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Nabi s.a.w juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Sayidina Ali r.a berkata dalam sebuah syairnya yang bermaksud :
"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, dia sanggup membahayakan dirinya demi keselamatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan dirimu."

Banyak hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

"Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu sama lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat banyak ciri-ciri lain yang di gariskan oleh ulama'-ulama' muktabar yang boleh kita jadikan peduman untuk kita memilih dan mencari sahabat-sahabat yang baik :
1.Boleh diharapkan untuk menjaga harta kita
2.Bila kita sakit dia ziarah
3.Bila kita sibuk dia beri bantuan
4.Bila kita lupa dia ingatkan kita
5.Bila kita bercakap dia beri perhatian
6.Dia menjaga lidahnya dari berkata yang menyakitkan hati
7.Dia mendoakan kita bila berdoa
8.Dia menepati janjinya bila berjanji
9.Bila tersilap dia sentiasa beri maaf
10.Bila kita susah dia membantu

Kita bersahabat dengan sahabat yang baik adalah semata-mata kerana Allah s.w.t kerana sahabat kita bukan setakat di dunia sahaja tetapi dia akan menjadi sahabat kita di hari akhirat.Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. ada menceritakan kisah ahli-ahli Syurga bertemu dan berbincang sesama mereka, mereka adalah sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa taat pada Allah semasa di dunia.

Oleh itu pilihlah sahabat-sahabatmu yang memiliki ciri-ciri mulia yang di nyatakan tadi dan jadikanlah ia sahabat sejati untuk dunia dan akhirat.

Keindahan BersamaMu

Program 'KEINDAHAN BERSAMA MU' adalah satu program yang telah menyedarkan ramai murid tentang kekuasaan ALLAH S.W.T. dan kehidupan Rasullullah S.A.W..Melalui program ini,murid akan tahu lebih dekat mengenai kekuasaan,keesaan,kemuliaan dan sifat penyayang ALLAH terhadap hamba-hambanya.Selain itu,ia juga dapat menaikkan semangat murid untuk lebih berusaha dan tabah menghadapi rintangan yang tiba seperti kehidupan Rasullullah S.A.W. yang sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan di dunia ini.Program ini juga telah mengeratkan lagi ukhwah sesama sahabat handal yang lain dan lebih menyayangi sahabat.Doa seorang sahabat akan dimakbulkan ALLAH S.W.T. .Kita mestilah berkawan kerana ALLAH S.W.T. dan tidak memutuskan persahabatn walaupun dengan apa cara sekali pun.ALLAH S.W.T. berfirman,sesiapa yang bekawan kerana-NYA,nescaya di akhirat kelak akan dicerahkan muka-muka mereka di 'Arasy dan lebih disanjungi oleh para syuhada.

Selain itu juga,ia dapat memberi kesedaran kepada umat Islam tentang azab di dalam kubur.Azab tersebut mengikut amalan diri masing- masing.Azab di dalam kubur adalah permulaan sebelum tibanya hari kiamat.Jikalau baik di dalam kubur,maka baiklah di akirat kelak.Jikalau menderita di dalam kubur,maka di akhirat kelak Wallahualam,lagi teruklah penderitaannya.

Dengan program ini,ia dapat memupuk  sifat kasih sayang terhadap kedua ibu bapa.Mungkin selama ini ramai anak-anak yang menderhadaki ibu bapa,setelah mengikuti program ini,InsyaALLAH anak-anak akan sedar tentang besarnya jasa kedua ibu  bapa terhadap mereka dari kecil hinggalah besar.Pengorbanan mereka tidak dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun,tetapi cukup sekadar melihat mereka gembira terhadap kita.Pengorbana ibu terlalu besar buat anak-anak kerana telah bartarung nyawa  bagi melahirkan kita di dunia ini.Pengorbanan ayah juga tidak kurang besarnya kerana ayah telah bersusah payah memerah keringat bagi menampung kehidupan setiap ahli keluarganya suapaya mereka hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Oleh itu, bersyukurlah kepada sesiapa yang telah menghadiri program ini kerana ianya telah menyedarkan kita tentang apa yang telah kita lupa semasa hidup di dunai ini.Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada fecilitator(IKRAMTeens) yang sudi menganjurkan program ini kerana telah banyak mengubah hidup murid-murid yang menghadiri  program ini.


Saturday, January 15, 2011

jihad Islam

Mengapa umat Islam pada hari ini tidak mahu melakukan kebaikan?
Mengapa maksiat dan zina boleh berleluasa?
Mengapa jika kita melakukan kebaikan ada yang bersorak, mentertawakan kita?
Adakah kebaikan yang kita lakukan itu suatu dosa?

Friday, January 14, 2011

Al-Quran Dan Keajaiban Nombor Di DAlamnya

assalamualaikum semua.sy ada cerita yg ingin dikongsikan utk anda semua.cerita ini mengisahkan ttg seorang hamba ALLAH yg b'gelar perempuan yg sdg menuntut ilmu di ting 4dan tmpt m'nuntutnya pula di sklh agama (wah!pakai tudung labuh tu).

  sblm tu, cerita sikit ttg sifat dia ni.sifat dia ialah pemalu,kekadang periang,m'hormati org lain dan suka pendam.tu sifat dia dr luaran.dr dlman x tau la.

  semasa ting 1, tiap2 hari dia tepon mak ayahnya di rumah dan menangis (biasala,br masuk sklh yg berasrama).smpailah satu ari,ketika mak dan ayahnya dtg melawatnya,ibunya marah2 krana tiap2 ari nangis.semenjak dr ari tu,dia tidak tepon ke rumah melainkan utk memesan brg2 yg perlu dibawa.perkara itu berterusan sehingga skrg. :(

  tetapi dlm2 periang,dia juga x ramai kwn.sehingga maknya sndiri marah kpdnya dan m'gatakan dia x reti b'kwn.selain itu juga,dia nie mmg seorg yg pemalas.malas dlm segala2nya. cthnya ialah,mls m'masak,mls megemas rumah dan malas m'ikut maknya pergi ke pasar.sehingga maknya b'kata bhawa maknya x suka dia balik rumah.

  mcm2 lagi la mak dia kata.kadang2 mak dia puji anak org lain.bila dia dgr dia jeles la jgk.tp dia pendamkan je smpai kalau x thn sgt dia masuk bilik air, di akan menangis.

  waktu dia masuk ke ting 3 (wau! nk PMR tu) , maknya bagi kertas yg mengandungi ayat2 suci Al-Quran dan zikir2 yg blh dia amalkan.nk tau mak dia ckp apa?
mak dia calap."amiklah.bacalah.manalah nk tau kot2 x mau dpt 9A".benda nie paling dia x lupakan.sbb bkn dia je jg t'kejut,ayah dia jgk t'kejut.

  tp x pe.Allah kata syurga di bwh telapak kaki ibu.walaupun mak dia kata mcm tu, dia baca jgk ayat2 yg mak dia bg.last sekali, mmg betul, dia x dpt 9A.doa maklah katakan.bila dia dpt resault nie, terus dia teringatkan apa yg mak dia ckpkan masa awal thn. tp dia x marahkan mak dia sebab mungkin jgk dia x dpt 9A sbb dia kurang m'gulang kaji pelajaran.

  sifat dia yg lagi satu ialah dia m'punyai nafsu mkn dan jln2 yg sgt tinggi.bila dia nk jln2 atau nkm kat luar,mesti kena marah punya la dgn mak dia.dia hanya mampu pendam dan diam di hadapan mak dia tp dlm ati menentang gila.

  nk ringkaskan cerita skrg nie dia dh ting 4.skrg nie kan cuti sklh.baru2 nie,dia kena pi kenduri di machang bubuk.dia pi sana dgn keluarga dia.bila smpai, dia jmpa dgn sepupu dia.tp,biasala,bdk pemalu dan x ramai kwn manala nk rapat sgt dgn org lain.tmbhn ari tu plak dia x dak 'mood'nk rapat dgn org lain. jd lps mkn, dlm beberapa minit dia bgtau kat mak dia yg dia nk balik.mak dia kata tunggu sebentar sbb dia nk smbg dgn org dulu.

  x pe la.dia pun diam.lepas amik lauk kenduru nk bwk balik (biasalah,rumah sepupu sndiri),baliklah di atp sblm tu kena singgah umah pak cik dia dulu nk antar isteri dan anak. x pela singgah la dulu. dlm tgh smbg2 mak dia pun ceritala yg dia nie tkut antu la, nk buat bilik utk dia x nk la.sblm nie apa yg mak dia ckp semua dia pendamkan.tp bila mak dia ckp yg dia nie cemburu dgn anak saudaranya sendiri, dia jd marah. mana xnya, semenjak mak dia kata dia nie m'nyusahkan la, anak x berguna la, mak dia lebih sygkan cucunya.

  dgn rs malu dan marahnya, dia pun keluar mcm tu je dan masuk kedlm kereta.lepas tu, bila mak dia masuk dlm kereta, mak dia pun marah la dia.tp dia x blh thn dia pun marah balik mak dia sambil menangis.mak dia diam sampai ke mlm.

  mlm tu dia nk mintak maaf kat mak dia.dia menangis merayu2 mintak dgn mak dia. mak dia ckp dh bnyk kali tp mcm tu jgk.bila dh mak dia kata mcm tu, paham2 la maksudnya.akhirnya, dia putus asa dan terus pegi mandi. dan setakat nie, mak dia ckp lg dgn dia.

  mungkinkah ini yg dikatakan ANAK DERHAKA? ataupun hanya nk m'luahkan apa yg dipendamkan sbb dia nie suka pendam?

  FIKIR-FIKIRKANLAH...

 jika da apa2 pandangan dan komen sila komen....... :)

Perkara yang Menyedihkan

assalamualaikum semua.sy ada cerita yg ingin dikongsikan utk anda semua.cerita ini mengisahkan ttg seorang hamba ALLAH yg b'gelar perempuan yg sdg menuntut ilmu di ting 4dan tmpt m'nuntutnya pula di sklh agama (wah!pakai tudung labuh tu).

  sblm tu, cerita sikit ttg sifat dia ni.sifat dia ialah pemalu,kekadang periang,m'hormati org lain dan suka pendam.tu sifat dia dr luaran.dr dlman x tau la.

  semasa ting 1, tiap2 hari dia tepon mak ayahnya di rumah dan menangis (biasala,br masuk sklh yg berasrama).smpailah satu ari,ketika mak dan ayahnya dtg melawatnya,ibunya marah2 krana tiap2 ari nangis.semenjak dr ari tu,dia tidak tepon ke rumah melainkan utk memesan brg2 yg perlu dibawa.perkara itu berterusan sehingga skrg. :(

  tetapi dlm2 periang,dia juga x ramai kwn.sehingga maknya sndiri marah kpdnya dan m'gatakan dia x reti b'kwn.selain itu juga,dia nie mmg seorg yg pemalas.malas dlm segala2nya. cthnya ialah,mls m'masak,mls megemas rumah dan malas m'ikut maknya pergi ke pasar.sehingga maknya b'kata bhawa maknya x suka dia balik rumah.

  mcm2 lagi la mak dia kata.kadang2 mak dia puji anak org lain.bila dia dgr dia jeles la jgk.tp dia pendamkan je smpai kalau x thn sgt dia masuk bilik air, di akan menangis.

  waktu dia masuk ke ting 3 (wau! nk PMR tu) , maknya bagi kertas yg mengandungi ayat2 suci Al-Quran dan zikir2 yg blh dia amalkan.nk tau mak dia ckp apa?
mak dia calap."amiklah.bacalah.manalah nk tau kot2 x mau dpt 9A".benda nie paling dia x lupakan.sbb bkn dia je jg t'kejut,ayah dia jgk t'kejut.

  tp x pe.Allah kata syurga di bwh telapak kaki ibu.walaupun mak dia kata mcm tu, dia baca jgk ayat2 yg mak dia bg.last sekali, mmg betul, dia x dpt 9A.doa maklah katakan.bila dia dpt resault nie, terus dia teringatkan apa yg mak dia ckpkan masa awal thn. tp dia x marahkan mak dia sebab mungkin jgk dia x dpt 9A sbb dia kurang m'gulang kaji pelajaran.

  sifat dia yg lagi satu ialah dia m'punyai nafsu mkn dan jln2 yg sgt tinggi.bila dia nk jln2 atau nkm kat luar,mesti kena marah punya la dgn mak dia.dia hanya mampu pendam dan diam di hadapan mak dia tp dlm ati menentang gila.

  nk ringkaskan cerita skrg nie dia dh ting 4.skrg nie kan cuti sklh.baru2 nie,dia kena pi kenduri di machang bubuk.dia pi sana dgn keluarga dia.bila smpai, dia jmpa dgn sepupu dia.tp,biasala,bdk pemalu dan x ramai kwn manala nk rapat sgt dgn org lain.tmbhn ari tu plak dia x dak 'mood'nk rapat dgn org lain. jd lps mkn, dlm beberapa minit dia bgtau kat mak dia yg dia nk balik.mak dia kata tunggu sebentar sbb dia nk smbg dgn org dulu.

  x pe la.dia pun diam.lepas amik lauk kenduru nk bwk balik (biasalah,rumah sepupu sndiri),baliklah di atp sblm tu kena singgah umah pak cik dia dulu nk antar isteri dan anak. x pela singgah la dulu. dlm tgh smbg2 mak dia pun ceritala yg dia nie tkut antu la, nk buat bilik utk dia x nk la.sblm nie apa yg mak dia ckp semua dia pendamkan.tp bila mak dia ckp yg dia nie cemburu dgn anak saudaranya sendiri, dia jd marah. mana xnya, semenjak mak dia kata dia nie m'nyusahkan la, anak x berguna la, mak dia lebih sygkan cucunya.

  dgn rs malu dan marahnya, dia pun keluar mcm tu je dan masuk kedlm kereta.lepas tu, bila mak dia masuk dlm kereta, mak dia pun marah la dia.tp dia x blh thn dia pun marah balik mak dia sambil menangis.mak dia diam sampai ke mlm.

  mlm tu dia nk mintak maaf kat mak dia.dia menangis merayu2 mintak dgn mak dia. mak dia ckp dh bnyk kali tp mcm tu jgk.bila dh mak dia kata mcm tu, paham2 la maksudnya.akhirnya, dia putus asa dan terus pegi mandi. dan setakat nie, mak dia ckp lg dgn dia.

  mungkinkah ini yg dikatakan ANAK DERHAKA? ataupun hanya nk m'luahkan apa yg dipendamkan sbb dia nie suka pendam?

  FIKIR-FIKIRKANLAH...

 jika da apa2 pandangan dan komen sila komen....... :)
Antara cinta dan penimbaan ilmu

BUDAYA berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan masyarakat.

Kebimbangan itu cukup berasas kerana ia bukan saja mampu mencetuskan fenomena gejala sosial tidak terkawal, malah dikhuatiri boleh menyebabkan mahasiswa tergelincir daripada tujuan asal menjejakkan kaki ke menara gading.

USAH KELIRU...adakah hubungan sewaktu di kampus boleh berkekalan hingga ke jinjang pelamin?

KEUTAMAAN... menuntut ilmu seharusnya menjadi perkara pertama kepada mahasiswa.

Sudahnya, terkandas dalam peperiksaan, emosi terganggu, pembaziran masa dan wang selain potensi dibuang daripada universiti juga ada.

Meskipun sudah tahu risikonya, mahasiswa masih menganggap budaya itu satu kemestian, jika tidak pasti bingit telinga disindir rakan seperjuangan dengan panggilan `surat khabar lama'.

Masyarakat pasti tertanya-tanya penting benarkah budaya ini hingga mahasiswa `mengagungkannya' atau hanya terikut-ikut kerana tidak sanggup dicop `tidak laku'?

Bagaimana pula kesannya terhadap mahasiswa, bolehkah membantu mereka mencipta kejayaan dengan dorongan sang kekasih atau sebaliknya?

Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata sukar menangkis penularan budaya berpacaran di kalangan mahasiswa kerana sudah menganggapnya sebagai satu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, penularan budaya itu sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebagai budaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya diterima masyarakat.

"Disebabkan alasan itulah, budaya ini semakin berkembang dan sukar dihapuskan. Meskipun tahu natijahnya, mereka tidak kisah kerana beranggapan ia satu kemestian dan perlu dilakukan.

"Jika tidak, mereka pastinya disindir atau ditempelak sedangkan banyak lagi tanggungjawab utama perlu dilaksanakan, bukannya sibuk mencari pasangan atau melayan angan - angan yang belum pasti.

"Malangnya itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa hari ini hingga menimbulkan kebimbangan bukan saja ibu bapa, tetapi masyarakat yang kadang kala sakit mata melihat aksi kurang sopan mereka di khalayak ramai," katanya.

Persoalanya mengapa budaya yang tidak digemari masyarakat ini menjadi keutamaan sebahagian besar warga kampus?

Beliau berkata budaya berkenaan sudah dianggap sinonim sebagai lambang kebebasan remaja mencorakkan masa depan tanpa kongkongan ibu bapa apatah lagi kejayaan menjejakkan kaki di menara gading sudah dianggap mampu berfikiran matang.

Atas kepercayaan itu mahasiswa bagaikan berlumba-lumba mencari pasangan bagi membuktikan mereka sudah dewasa selain sudah tiba masanya belajar berdikari dan membuat keputusan.

Terpilih melanjutkan pengajian di menara gading bermakna mereka sudah melangkah ke frasa dewasa, justeru, naluri untuk saling menyayangi timbul meskipun masanya tidak sesuai.

"Pada masa sama, mahu membuktikan mereka `laku', ada peminat serta mampu menarik perhatian rakan berlainan jantina untuk menjalin hubungan ke peringkat serius.

"Ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa perlu meletakkan kepentingan utama iaitu menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian, bukannya mencari pasangan sekali gus menjalin hubungan terlarang," katanya sambil menegaskan budaya itu mampu membuat seseorang berisiko terbabit dalam pelbagai masalah luar jangkaan.

"Bayangkan jika pasangan mahasiswa itu bergaduh sedangkan esok ada peperiksaan. Emosi akan terganggu, tidak dapat belajar, sekali gus berdepan risiko gagal dalam pengajian," kata Dr Mastura.

Tidak nampak faedah mempertahankan atau mementingkan budaya itu kerana jelas mengundang keburukan. Mungkin ada beranggapan diri kuat berdepan cabaran, malangnya aspek membabitkan emosi sukar dikawal.

Ditanya adakah budaya itu mampu menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, beliau tidak menafikan malah menganggapnya antara penyumbang terbesar kerana didorong perasaan sayang luar biasa.

"Kebanyakannya masih muda dan terlalu hijau mengenai selok-belok kehidupan. Apabila disogokkan dengan pelbagai pengalaman dan cerita mengenai keseronokan dunia percintaan, mereka yang naif mudah terjebak.

"Meskipun ada mengaku hubungan itu dijalinkan atas paksi `bersih', masih sukar menolak godaan nafsu. Maruah diri tergadai, masa depan juga hancur gara-gara budaya ini," katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa supaya memperteguhkan emosi dan diri untuk lebih fokus kepada pengajian.

"Tidak dinafikan, isu membabitkan perasaan sangat subjektif, tapi mahasiswa perlu kuat dan mempunyai pendirian. Fokus pada tujuan utama dan jangan mudah terpengaruh dengan kejutan budaya.

"Menara gading tempat membina kejayaan hidup masa depan jangan persiakan peluang dengan terjebak kepada perkara merugikan selain tidak perlu terburu-buru memberi komitmen pada pasangan saja.

"Gunakan zaman remaja dengan melakukan perkara berfaedah. Apabila tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan, itulah masanya paling sesuai mencari pasangan hidup secara sah," katanya.