clock


Sunday, January 30, 2011
Keindahan BersamaMu
Program 'KEINDAHAN BERSAMA MU' adalah satu program yang telah menyedarkan ramai murid tentang kekuasaan ALLAH S.W.T. dan kehidupan Rasullullah S.A.W..Melalui program ini,murid akan tahu lebih dekat mengenai kekuasaan,keesaan,kemuliaan dan sifat penyayang ALLAH terhadap hamba-hambanya.Selain itu,ia juga dapat menaikkan semangat murid untuk lebih berusaha dan tabah menghadapi rintangan yang tiba seperti kehidupan Rasullullah S.A.W. yang sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan di dunia ini.Program ini juga telah mengeratkan lagi ukhwah sesama sahabat handal yang lain dan lebih menyayangi sahabat.Doa seorang sahabat akan dimakbulkan ALLAH S.W.T. .Kita mestilah berkawan kerana ALLAH S.W.T. dan tidak memutuskan persahabatn walaupun dengan apa cara sekali pun.ALLAH S.W.T. berfirman,sesiapa yang bekawan kerana-NYA,nescaya di akhirat kelak akan dicerahkan muka-muka mereka di 'Arasy dan lebih disanjungi oleh para syuhada.
Dengan program ini,ia dapat memupuk sifat kasih sayang terhadap kedua ibu bapa.Mungkin selama ini ramai anak-anak yang menderhadaki ibu bapa,setelah mengikuti program ini,InsyaALLAH anak-anak akan sedar tentang besarnya jasa kedua ibu bapa terhadap mereka dari kecil hinggalah besar.Pengorbanan mereka tidak dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun,tetapi cukup sekadar melihat mereka gembira terhadap kita.Pengorbana ibu terlalu besar buat anak-anak kerana telah bartarung nyawa bagi melahirkan kita di dunia ini.Pengorbanan ayah juga tidak kurang besarnya kerana ayah telah bersusah payah memerah keringat bagi menampung kehidupan setiap ahli keluarganya suapaya mereka hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Oleh itu, bersyukurlah kepada sesiapa yang telah menghadiri program ini kerana ianya telah menyedarkan kita tentang apa yang telah kita lupa semasa hidup di dunai ini.Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada fecilitator(IKRAMTeens) yang sudi menganjurkan program ini kerana telah banyak mengubah hidup murid-murid yang menghadiri program ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice wordd ... :))
ReplyDelete